Beriani Ayam Goreng

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam dipotong empat
5 camca besar rempah beriani
2 camca besar minyak sapi
2 camca besar puri tomato
cawan bawang goreng
susu cair
2 cawan air suam
1 biji air limau nipis
Sedikit kulit kayu manis, pelaga, bunga lawang, cengkih, garam, gula dan serbuk perasa
Gajus untuk ditabur
Minyak untuk menggoreng Bahan-bahan dikisar:
6 tangkai cili merah
5 tangkai cili hijau
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5 sm halia

Bahan-bahan dimayang halus:
10 gm daun saderi
10 gm daun bawang
10 gm daun pudina
10 gm daun ketumbar

Cara-cara

Panaskan minyak. Goreng ayam hingga masak. Panaskan minyak sapi. Tumis kulit kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang hingga wangi. Masukkan rempah beriani. Tumis hingga garing. Kemudian masukkan air suam. Kacau rata. Masukkan susu cair, air limau nipis, gula, garam dan serbuk perasa. Apabila mendidih masukkan bawang goreng, bahan-bahan dimayang dan ayam goreng. Kacau hingga kuah pekat dan berminyak. Tabur sedikit gajus.