Beriani Ayam

Ramuan / Bahan

1 kg ayam
40 gm cengkih
20 gm kulit kayu manis
40 gm bunga lawang
20 gm buah pelaga
10 biji bawang merah
8 biji bawang putih
3 cm halia 3 batang serai
1 camca teh serbuk kunyit
60 gm jintan manis
60 gm jintan putih
1 mangkuk santan pekat, dari sebiji kelapa
40 gm buah keras
Sedikit garam
Sedikit serbuk perasa

Cara-cara

Ayam dibersihkan dan dipotong mengikut suka.

Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan serai.

Panaskan minyak, tumis cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang,pelaga dan bahan kisar.

Kemudian, masukkan serbuk kunyit, jintan manis dan jintan putih.

Setelah garing, masukkan santan dan buah keras.

Masukkan ayam, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendidih hingga masak.