Popia Kuntum

Ramuan / Bahan

20 biji bebola ikan
20 keping kulit popia
Minyak untuk menggoreng. Bahan untuk sos:
10 tangkai cili kering (dimesin)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula
½ cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara

1) Setiap satu biji bebola ikan dibungkus dengan sekeping kulit popia dan digoreng sehingga kekuningan. angkat dan toskan.

2) Kemudian, kita akan masak sosnya. mula-mula, masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam periuk. masak dengan api yang agak sederhana sehingga menjadi pekat. apabila sos sudah mendidih bolehlah diangkat.