Begedil Ayam

Ramuan / Bahan

½ kilo kentang - direbus, kupas kulit & lecek
¼ kilo isi daging ayam - digoreng tidak terlalu garing
segenggam bawang goreng
50 sen daun sup & daun bawang - hiris halus
garam secukup rasa
tepung gandum - anggaran 4 sudu makan
2 biji telur ayam - pukul sedikit

Cara-cara

1. kentang yang telah direbus dan dikupas dilecek/ atau ditumbuk hingga tidak berketul (lumat - bagi memudahkan untuk mengepalnya).
2. Isi ayam yang telah digoreng disiat-siat dan disatukan dengan kentang lecek tadi.
3. Masukkan garam, bawang goreng dan tepung gandum, mula-mula 2 sudu dahulu, jika sudah boleh dikepal, teruskan mengepal bulat-bulat dan dileperkan sedikit. Jika masih belum boleh dikepal tambahkan tepung gandum lagi.
4. Celup dalam telur yang dipukul sedikit dan goreng sehingga kekuningan.