Ayam/udang/ikan masak sos tomato

Ramuan / Bahan

Ayam/udang/ikan.
daun kari 2 tangkai.
bawang besar 2 labu.(dihiris kasar)
1 paket kecil cili boh.
6 sudu besar sos tomato.
asam jawa sebesar ibu jari.
garam secukup rasa.
gula 2 camca besar.

Cara-cara

Ayam/udang/ikan di goreng terlebih dahulu. Selepas itu toskan.Tuangkan minyak gorengan tadi kedalam bekas sehingga tinggal sedikit sahaja kemudian goreng daun kari sehingga kekuningan. Masukkan ciliboh dan sos tomato tadi dan didihkan sehingga pecah minyak. masukkan asam, gula dan garam.Apabila mendidih baru masukkan ayam/udang/ikan dan bawang yang di hiris tadi. Tutup api dan hidangkan.