Ayam Walnut

Ramuan / Bahan

200 g kacang walnut
200 g kacang snow
8 ketul kepak ayam
3 sudu besar cili sos
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar tepung jagung 1 sudu besar madu
1 sudu besar lada sulah
Garam secukup rasa
4 tangkai daun bawang ] dihiris halus
3 ulas bawang putih ]

Cara-cara

Kepak ayam dibersihkan. Gaulkan dengan tepung jagung, sos cili, madu dan minyak bijan. Perapkan selama 20 minit. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih hingga garing. Masukkan ayam dan masak hingga empuk. Kemudian masukkan kacang walnut, daun bawang dan kacang snow, garam dan serbuk lada sulah. Masak hingga kering.