Ayam Wadi Sofia

Ramuan / Bahan

500 gm daging ayam
2 cm halia
Sedikit garam
4 ulas bawang merah
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil lada sulah biji 1 biji kelapa diambil santan pekatnya
1 sudu besar sos tomato
1 ulas bawang besar dihiris nipis
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

Ayam dipotong ikut suka, kemudian bersihkan. Perap ayam dengan halia serta garam selama sejam sebelum digoreng mahupun dipanggang. Setelah digoreng ketepikan. Tumbuk bawang merah merah, jintan putih dan lada sulah. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga naik aromanya. Setelah itu, masukkan santan. Kacau sehingga pekat sedikit sebelum dimasukkan sos tomato, bawang besar dan garam. Setelah likat, curahkan ke atas ayam yang telah digoreng.