Ayam Uncle Tobee

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (potong 12)
300 gm. bawang besar (jadikan bawang goreng)
30 tangkai cili kering(dikisar halus)
1 manggkuk air asam jawa
3 tangkai daun kari(sangat penting untuk aromanya) 3camb. kicap manis
3camb. kicap masin
minyak untuk megoreng
serbuk kunyit
garam & gula secukup rasa.

Cara-cara

Ayam dibersihkan dan ditos, gaul dengan garam dan serbuk kunyit hingga rata dan digoreng separuh masak.(guna minyak
goreng bawang tadi)
Masukkan 4camb. minyak(lebih goreng ayam) tumis cili kisar masukkan daun kari bersama hingga benar-benar garing.(untuk mendapat hasil yang elok masuk 1camt.garam dan 2camt. gula ke dalam cili).Setelah cili garing masukkan air asam, kicap manis dan kicap masin dan bawang goreng dan gaul rata. Setelah mendidih masukkan ayam, masak hingga sedikit pekat dan rasalah megikut kesedapan masing-masing.