Ayam Tuturuga

Ramuan / Bahan

Minyak untuk menumis
1 kg ayam, biarkan seekor
1 camca besar perahan limau nipis
1 batang serai, dititik
4 helai daun limau purut
2 helai daun pandan, diikat
Beberapa helai daun kemangi/selasih
Sedikit daun pudina
20 biji cili padi 350 ml pati santan
Garam secukup rasa
Limau nipis
8 biji bawang merah-dikisar lumat
3 ulas bawang putih-dikisar lumat
6 biji cili merah-dikisar lumat
2.5 cm halia-dikisar lumat
2.5 cm kunyit-dikisar lumat

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar. Kacau hingga wangi. Masukkan ayam yang diperap bersama perahan limau nipis. Biar sebentar. Masukkan serai, daun limau purut, daun pandan, daun selasih, daun pudina, cili padi, pati santan dan garam. Masak hingga kuah pekat. Sebelum dihidangkan, perah sedikit limau nipis.