Ayam Tua Goreng Berlada

Ramuan / Bahan

1.5 kg ayam tua dipotong menjadi 20 bahagian
40 gm kunyit hidup (ditumbuk lumat)
20 gm garam
30 gm gula
300 ml minyak masak
Serbuk perasa secukup rasa Bahan-bahan dimesin:
220 gm cili merah
150 gm bawang besar
150 gm bawang putih
30 gm halia

Cara-cara

Ayam dibersihkan, basuh dan toskan airnya. Kemudian gaulkan dengan kunyit dan garam hingga sebati. Setelah itu goreng hingga cukup masak. Angkat dan toskan. Tumiskan bahan yang sudah dimesin hingga garing, masukkan ayam, garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Apabila telah sebati bolehlah diangkat.