Pasta Tuna

Ramuan / Bahan

225 gm pasta
1 camca besar minyak masak
1 camca teh garam
25 gm mentega
100 gm cendawan butang
198 gm tuna berkaleng Bahan sos:

40 gm mentega
40 gm tepung
600 ml susu segar
Garam
Lada sulah

Cara-cara

Rebus pasta bersama minyak dan garam hingga lembut dan sejat.

Panaskan mentega di dalam kuali, masukkan hirisan cendawan dan kacau sehingga lembut dan angkat.

Panaskan periuk di atas api perlahan kemudian panaskan mentega.

Masukkan tepung, kacau lebih kurang seminit.

Kemudian masukkan susu dan kacau berterusan agar ia tidak bergentel sehingga sos pekat.

Masukkan garam dan lada sulah secukupnya.

Letak pasta, tuna dan cendawan di dalam pinggan. Tuang sos di atasnya.