Ayam Tomato Dan Ketumbar Raja Sehari

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
20 gm daun ketumbar
50 gm kacang pis
150 gm cili kisar
5 gm bunga lawang
5 gm kayu manis
1 liter santan
300 gm tomato puri
150 gm sos cili
200 gm tairu
200 gm tomato, dibelah lapan 1 cawan minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Kertas aluminium untuk membungkus

Bahan-bahan dikisar halus:
150 gm bawang merah
50 gm bawang putih
100 gm halia
3 batang serai

Cara-cara

Bersihkan ayam dan buang semua tulang. Ambil separu daripada isi ayam dan kisarkan bersama-sama daun ketumbar dan isi ayam. Masukkan isi ayam yang telah dikisar tadi bersama-sama kacang pis kemudian gulung dengan kertas aluminium. Selepas itu, panggang ayam di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah selama 30 minit. Panaskan minyak dan tumis cili, bahan-bahan kisar, bunga lawang dan kulit kayu manis. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak. masukkan tomato puri, santan, tairu, buah tomato,sos cili, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau dan biarkan hingga kuah pekat sedikit. Angkat. Ayam yang sudah masak dipotong kemudian tuangkan kuah ke atasnya sebelum menghidang.