Ayam Tok Yee

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
8 ulas bawang merah
20 tangkai cili padi
15 helai daun kari
2 sudu makan minyak masak 10 sudu makan susu cair (boleh diganti dengan ½ cawan santan pekat)
5 sudu makan marjerin
2 sudu teh kunyit serbuk
Garam

Cara-cara

Ayam dipotong menjadi 20 ketul. Gaulkan dengan kunyit dan garam lalu digoreng sehingga masak. Panaskan minyak dan marjerin di dalam kuali. Tumis bawang merah yang dihiris halus, cili padi yang ditumbuk kasar sehingga naik baunya. Kenudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan bahan-bahan selebihnya iaitu daun kari, kunyit serbuk, susu cair dan garam secukup rasa dan gaul hingga sebati. Biarkan reneh hingga masak. Angkat dan hidangkan.