Ayam Taucheong

Ramuan / Bahan

1 kg ayam
200 gm taucheong
6 ulas bawang putih
4 labu bawang merah
1 biji cili hijau
1 biji cili merah 2 sudu besar minyak
1 camca besar tepung jagung
1 sudu besar gula
1 sudu besar lada sulah
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ayam dan potong 2.5 cm persegi. Tabut tepung dan lada sulah ke atas ayam. Ketepikan. Cincang bawang putih dan bawang merah, cili hijau dan cili merah. Lecek taucheong. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Masak selama 2 minit. Masukkan taucheong dan kacau selalu. Masukkan ayam. Masak sehingga ayam empuk. Masukkan cili hijau dan cili merah. Masukkan gula dan air jika masakan terlalu kering. Masukkan garam jika masakan masih tawar.