Ayam Tapai

Ramuan / Bahan

1000 gm ayam
100 gm bawang besar
30 gm bawang putih
60 gm halia
250 gm timun cina (dibuang biji dan dipotong 2 inci memanjang)
100 gm cendawan cina 1 liter air rebusan ayam
100 gm tapai pulut
Garam
Serbuk perasa
60 ml minyak masak

Cara-cara

Ayam dipotong kecil-kecil dan dibersihkan. Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris nipis. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris halus tadi sehingga naik bau. Masukkan air rebusan ayam dan biarkan mendidih. Bila sudah mendidih, masukkan ayam dan tapai pulut. Renehkan hingga ayam empuk. Akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Masukkan juga timun dan cendawan. Hidangkan.