Ayam Tandoori ayu259

Ramuan / Bahan

BAHAN A
seekor ayam segar
8 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
50gram cili giling
seinci halia
seinci kunyit hidup
3 tangkai serai
1 sudu makan serbuk kari alagapas
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan hitam
10 sudu makan gula
4 sudu makan garam

pewarna merah untuk mencantikkan warna ayam
mentega/marjerin untuk membakar

Cara-cara

-ayam dipotong 8
-kisar semua bahan A kemudian gaul ayam sehingga mesra bersama bahan kisar tadi.
-perap ayam dalam peti ais selama semalaman untuk mnedapat rasa yang sedap.
-bakar di atas bara api atau mikrowave.