Ayam Surabaya

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
200 gm rempah biji ]
100 gm jintan manis] digiling lumat
100 gm jintan putih]
3 helai daun salam 2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk rempah
1 sudu teh gula merah
Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Ayam dibersihkan kemudian dipotong ikut kegemaran masing-masing. Setelah itu dibasuh dan toskan airnya. Gaulkan ayam tadi dengan bahan-bahan yang telah digiling serta bahan-bahan rempah yang lain. Gaulkan hingga rata dan sebati kemudian masukkan ke dalam kuali tanpa minyak bersama daun salam. Jerangkan kuali di atas api yang sederhana kemudian tutupkan kuali. Tambahkan garam serta serbuk perasa secukup rasa. Biarkan hingga empuk sambil sekali-sekali dikacau. Bila telah setengah masak bolehlah diangkat kemudian digoreng dengan minyak sehingga kuning. Masakan ini enak dimakan bersama nasi atau dicicah.