Ayam Sumbat Percik

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam kampung (dibuang tulangnya)
50 gm bawang merah
20 gm bawang putih
4 batang serai
5 gm lengkuas
30 gm cili kering 50 gm gula melaka
1 cawan santan pekat
2 butir telur rebus
1 buku roti sandwic (dipotong dadu)
1 sudu besar minyak masak
Garam

Cara-cara

Kisar bawang merah dan putih, serai dan lengkuas dan ketepikan.

Kisar cili kering. Panaskan periuk dan tumis campuran bahan kisar hingga naik baunya.

Tuangkan cili kering dan kacau sehingga masak. Tambahkan santan, gula melaka dan garam.

Setelah masak, bahagikan kepada dua bahagian.

Satu bahagian dicampurkan dengan roti dan telur, kemudian sumbatkan ke dalam ayam.

Sebahagian lagi dilumurkan ke atas ayam. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180 darjah Celcius.