Ayam Sumbat

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (disiang tanpa merosakkan kulitnnya;diperasakan rata-rata)
Garam & lada sulah secukup rasa
1 cawan nasi
Isikan dalam ayam (dicincang)
2 sudu besar bawang merah digoreng)
3 biji telur (direbus,dikupas kulitnya & dicincang) 2 biji telur (dibubuh bahan perasa & dipukul sedikit buah pala parut
900 ml air mendidih yang bergaram lemak untuk mengoreng
Kicap cair secukup rasa
2 tangkai daun bawanbg (dicincang)
1 tangkai daun sup/saderi

Cara-cara

Satukan semua bahan kecuali ayam,air,lemak,kicap,daun bawang & daun sup. Gaulkan rata-rata & sumbatkan ke dalam ayam. Sematkan bahagian yang terbuka.Masukkan ayam ke dalam air mendidih dengan berhati-hati. Masak hingga ia gelembung,kemudian cucukkan rata-rata dengan garpu. Teruskan merebus hingga separuh empuk,kemudian angkat ayam dari air rebusan itu. Lapkan kering-kering dengan tuala kertas. Pijarkan lemak di atas api yang besar.Masukkan ayam & siramkan air kicap di atasnya.Goreng hingga rata kuningnya. Kurangkan minyak hingga tinggal 2 sudu.Kecilkan api, Masukkan air rebusan ayam tadi perlahan-lahan .Didihkan perlahan-lahan hingga ayamnya empuk & kuahnya hampir kering. Isikan ke dalam pinggan & hiaskan dengan daun bawang & daun sup/saderi.Hidangkan panas-panas.