Ayam Sosha Istimewa

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (lumur dengan sedikit kunyit dan garam dan goreng ½ masak)
½ jari kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu lada kering kisar

½ jari halia (dikisar)
5 bawang putih (dikisar)
10 bawang merah (dikisar)
½ sudu teh kunyit serbuk
1 tin kecil tomato puri ½ cawan sos tomato
½ cawan hirisan daun pudina
½ cawan air asam
sedikit madu
½ kg bawang kecil, dijadikan bawang goreng
½ cawan kismis digoreng
½ cawan gajus, digoreng
sedikit kacang peas, hirisan tomato (untuk tabur)
sedikit minyak dan garam

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga cengkih.
Masukkan lada kisar dan tumis.
Masukkan bahan kisar, tumis hingga garing.
Masukkan serbuk kunyit, kacau rata.
Masukkan tomato puri dan sos tomato.
Masukkan daun pudina. Tuang air asam.
Masukkan madu dan garam. Masak hingga pekat.
Tuang sedikit air. Masukkan kismis goreng dan bawang goreng. Gaul rata.
Barulah masukkan ayam goreng. Gaul rata.
Bila ayam sudah masak, masukkan gajus goreng. Gaul rata.