Ayam Singgahsana

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
4 camca besar minyak
50 gm mentega
50 gm tepung serba guna
600 ml air panas 1 ketul pati ayam
2 helai daun kunyit
2 batang serai, diketuk
4 biji kuning telur
2 camca besar perahan limau nipis

Cara-cara

Belah bahagian dada ayam lalu tekan supaya ayam menjadi leper. Cucuk besi penyucuk dari paha kanan dan kiri ke dada ayam (bersilang).Perap ayam sebentar dengan garam dan serbuk lada hitam. Panaskan minyak dan mentega. Goreng ayam di atas api perlahan hingga keemasan. Angkat. Keluarkan separuh minyak dan masukkan tepung. Kacau tepung seminit. Masukkan air dan pati ayam. Kacau hingga mendidih. Masukkan ayam. daun kunyit dan serai. Apabila mendidih tutup dan renihkan 30 minit (balik-balikkan ayam selepas 15 minit). Keluarkan ayam dan hidangkan.Keluarkan daun kunyit dan serai daripada kuah. Bancuh kuning telur bersama perahan limau dan tiga camca besar pati ayam panas. Masukkan bancuhan ke dalam kuah tadi. Kacau di atas api perlahan hingga pekat (tetapi jangan sampai mendidih). Angkat dan tuangkan pada ayam.