Ayam Semerah

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
Minyak untuk menggoreng ayam
2 biji kelapa, diambil santan pekat
5 keping asam gelugur
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

Bahan-bahan dikisar:

2 batang serai
10 tangkai cili merah
1 cm lengkuas
1 cm halia
5 biji buah keras
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5 cm kunyit hidup
100 gm ketumbar
25 gm jintan putih
25 jintan manis

Cara-cara

Ayam dibersihkan.

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam hingga garing. Angkat.

Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali untuk menumis. Masukkan bahan-bahan kisar. Tumis hingga wangi.

Masukkan santan, asam gelugur, garam, gula dan serbuk perasa. Kacau sebati.

Apabila kuah pekat, masukkan ayam goreng. Kacau rata. Biar 10-15 minit baru diangkat.