Ayam Selera Bersantan

Ramuan / Bahan

½ senduk minyak masak
4 biji buah pelaga
2 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
3 camca besar cili boh
2 camca besar rempah kurma
1 ekor ayam (tidak perlu dipotong)
Sedikit asam jawa dicampur 2 camca besar air 1 biji kelapa parut, perah dengan empat cawan air
Garam dan gula sesedap rasa
2 ulas bawang putih - bahan kisar
8 biji bawang merah - bahan kisar
2 cm halia dan lengkuas - bahan kisar
1 labu bawang besar, dihiris bulat - bahan hiasan
2 biji cili merah, dihiris serong - bahan hiasan

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga cengkih sehingga wangi. Masukkan cili boh, bahan kisar dan rempah kurma. Tumis sehingga garing. Masukkan ayam dan air asam jawa. Gaul ayam supaya sebati dengan rempah, biarkan selama lima minit. Tuang santan sehingga ayam tenggelam. Masukkan garam dan gula, biar sebati. Masak ayam sehingga kuah pekat dan ayam empuk. Selepas lima minit boleh angkat dan hidangkan. Hias dengan cili merah dan bawang besar.