Ayam Sambal Pedas

Ramuan / Bahan

500gm kepak ayam[dicuci bersih & dipotong 2]
Serbuk kunyit
serbuk cili
garam & gula secukup rasa
ketumbar jintan
minyak masak bahan dikisar:
25 batang cili kering
3 biji bawang merah[besar]
3 ulas bawang putih
50gm udang kering
1 sudu kecil santan[untuk melemakkannya]

Cara-cara

Campurkan ayam,serbuk kunyit,serbuk cili,garam,gula dan juga ketumbar jintan dalam mangkuk yang besar.Perapkannya 1-2jam.Setelah itu gorengkan ayam itu 3/4 masak di dalam minyak panas.Toskan ayam itu setelah masak.Panaskan minyak di periuk dan tumiskan bahan dikisar hingga wangi dan tambahan santan garam & gula secukup rasa.Kecilkkan api dan masukkan aym yang digoreng tadi dan kacaunya dengan sebati.Masakkannya 10-20minit sampai empok.Biar seketika,padamkan api.........Selamat mencuba!!!!!!!!!