Paf Choux Coklat

Ramuan / Bahan

50 gm mentega
150 ml air
65 gm tepung gandum
2 biji telur
200 ml krim putar Bahan sos coklat:

50 gm gula
150 gm coklat masak
300 ml air
1 camca besar mentega

Cara-cara

Panaskan periuk, masukkan mentega dan air. Biarkan mendidih.

Padamkan api dapur, masukkan tepung dan kacau dengan senduk kayu sehingga kembang.

Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau hingga sebati dan kembang.

Lapik dulang pembakar dengan kertas minyak.

Ambil satu camca teh adunan tepung dan letakkan di atas dulang pembakar. Buat hingga habis.

Untuk membuat sos coklat, masukkan gula, coklat dan air di dalam periuk. Panaskan di atas api perlahan hingga larut dan pekat.

Setelah masak, sejukkan sebentar. Belah sedikit paf dan picit sos coklat di tengahnya.