Ayam Ros

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam muda
2 batang serai
2 inci halia
5 ulas bawang putih
Sedikit kismis
Garam secukup rasa 1 tin tomato puri
2 inci lengkuas
4 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
10 biji buah badam
1 mangkuk santan

Cara-cara

Ayam dibersihkan, jangan dipotong, rempah digiling halus, kismis dan buah badam digoreng. Tumis rempah hingga masak, masukkan ayam dan santan, masaklah hingga ayam empuk. Kalau belum empuk, masukkan air sejuk. Setelah masak, masukkan badam dan kismis. Rasa garamnya.