Ayam Roasted

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan:
Seekor ayam (Yang telah dipotong/atau tak nak pun boleh)
Lada Hitam (untuk di kisar kasar)
Garam secukup rasa
Sos Kicap Pekat (Lagi best kalau sos black pepper)
Serbuk lada hitam
Gula (kalau nak)


Bahan Peram (Marinate):
4 biji bawang besar
2 biji putih
Sedikit halia

Cara-cara

Pertama sekali, cuci ayam tu. :)
Then, kisar bawang besar, bawang putih dan halia sekali.
Cucuk-cucuk ayam tersebut dengan garpu. Lagi banyak lubang lagi bagus. Ini untuk senang bahan-bahan peram diserap.
Ratakan semua bahan peram, garam,gula, sos kicap pekat(lagi bayak lagi bagus. Untuk kuah) dan serbuk lada hitam ke atas ayam tersebut.
Last sekali letak lada hitam yang telah dikisar kasar. Sukahati nak letak banyak atau sikit. Tengok tahap kepedasan seseorang.
Peram selama 1 jam. Kalau nak sedap, lebih lama peram lebih elok.
Bakar di dalam ketuhar selama 45 minit atau setelah nampak kekuningan.
Setelah itu, ambil garpu dan cucuk untuk test sama ada dah masak atau belum.