Ayam Rendang Cuka

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (1.5 kg)
2 cm halia
10 labu bawang merah
4 ulas bawang putih
6 sudu besar minyak
3 sudu besar jintan putih
3 sudu besar cuka 3 sudu besar air
1 sudu besar gula
1 sudu nteh serbuk kunyit
1 sudu teh kadu (biji sawi)
20 biji cili kering
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ayam dan potong sebesar 4 cm x 3 cm. Toskan. Tumbuk atau mesin jintan putih, cili kering, biji sawi, halia, bawang putih dan gaul dengan serbuk kunyit. Gaulkan ayam dengan ramuan tersebut dan perap selama 30 minit. Panaskan minyak dan tumis bawang merah. Kacau hingga layu. Masukkan ayam dan kacau sekali-sekala. Masukkan gula, cuka, garam dan air. Masak hingga empuk.