Ayam Rendang Cili Api

Ramuan / Bahan

1. Seekor ayam di potong 10-15.
2. 20 biji cili api (Boleh tambah kalau
nak lebih pedas).
3. 2 inci kunyit hidup.
(Cili Api + Kunyit hidup ditumbuk
hingga lumat).


4. Santan dari 2 biji kelapa.
5. Sedikit kerisik.
6. 2 batang serai (Dititik)
7. 2 keping asam keping.
8. Garam secukup rasa.

Cara-cara

1. Masukkan ayam bersama bahan yang
ditumbuk tadi. Masukkan juga serai
yang telah dititik dan Garam secukup
rasa.Panaskan di dalam kuali atau
periuk sehingga ayam
kecut (air ayam kering).
2. Bila air ayam telah kering, masukkan
santan dan biarkan sehingga santan
menjadi pekat.(Bahan mesti dikacau
selalu supaya tidak melekat).
3. Masukkan kerisik dan asam keping dan
kacau hingga kuah menjadi naik
minyak atau hampir kering.