Ayam Rebung Tiga Rasa

Ramuan / Bahan

2 cawan ayam dipotong dadu
1 cawan rebung hiris
1 cawan minyak masak
2 cawan santan pekat
½ cawan perahan limau nipis/kasturi
1 batang serai - dititik
garam & serbuk kunyit

Digiling:
1 cawan tomato cherry
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci halia
5 biji cili api
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil gula

Cara-cara

1. Garam-kunyitkan ayam dan goreng hingga keemasan. Angkat dan kurangkan minyak sehingga tinggal 2-3 sudu besar.

2. Tumis bahan yang sudah digiling hingga naik bau.

3. Masukkan perahan limau nipis, ayam yang sudah digoreng serta rebung.

4. Masukkan santan pekat dan serai.

5. Masak hingga pekat (lebih kurang 20 minit).