Ayam Ranggup Tuen Yuen Berbijan

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1.5 kg minyak masak
2 biji putih telur
10 gm bijan
20 gm cuka
300 gm cuka beras
200 gm gula malta Bahan-bahan sos:

50 gm sos Yam Yee
10 gm gula
0.3 gm daun parsli
20 gm sos plum masam

Cara-cara

Gaul ayam bersama cuka, cuka beras dan gula malta. Perap selama 3 jam.

Satukan semua bahan sos dan ketepikan sebentar.

Salut ayam yang telah diperap dengan putih telur dan digoreng hingga masak sekata.

Setelah ayam masak, angkat dan sejatkan minyak.

Potong ayam kepada 20 ketul dan salut setiap ketul dengan bijan.

Kemudian hidangkan bersama sos yang disediakan tadi.