Ayam Pizza

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan

Seekor ayam -dipotong 14 dan
toskan selama 10 minit.
3 sudu minyak masak
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa-ikut citarasa
Bahan kisar:
Sebiji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 sudu makan ketumbar(kisar asing)
1 camca teh jintan manis(kisar asing)

Cara-cara

1. Kisar bahan menggunakan pengisar
kering.Tidak perlu menggunakan air.
Boleh juga ditumbuk sehingga halus.
2. Tumis semua bahan kisar sehingga
wangi dan masukkan ayam.
3. Gunakan api perlahan dan biarkan
selama 10 minit sebelum memasukkan
gula dan garam.Masak sehingga kuah
menjadi pekat.