Ayam Percik Pengantin

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 biji kelapa
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 sudu jintan manis sudu jintan putih
5 biji buah keras
1 cm kunyit
1 batang serai
1 sudu besar tepung
Garam secukup rasa

Cara-cara

Ayam disiang & dibersihkan. Parut kelapa & ambil santan semangkuk. Serai dititik & tepung dibancuh bersama sedikit air. Bawang merah, bawang putih, jintan putih, cili, buah keras & kunyit digiling halus. Masukkan semua bahan, santan, serai, ayam, tepung, garam & semua rempah tadi di dalam periuk & masak sehingga empuk. Kemudian keluarkan sehingga masak. Kuah yang di dalam periuk itu dimasak sehingga pekat & tuang di atas ayam sewaktu menghidang.
Hiaslah ayam itu.