Ayam Percik Kelantan

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 mangkuk kecil santan (sebiji kelapa)
1 batang serai

Bahan A) 1 batang serai
3 ulas bawang putih
1 cm halia
bahan B) 1 cm halia
3 biji cili kering
1 biji bawang merah

Cara-cara

Tumbukkan bahan dan gaulkan ayam bersama bahan tadi. Perap ia, sementara itu tumbukkan bahan B. Selepas itu panaskan periuk dan panaskan santan dan masukkan bahan B ke dalam santan. Masak sehingga pecah minyak. Kemudian bakar ayam yang telah di perap tadi ke dalam ketuhar. Jika ayam tadi kelihatan hampir masak renjiskan bahan B yang telah di masak tadi dengan serai. Selepas kering sedikit renjiskan bahan B tadi sekali lagi. Lepas tu angkat dan lebihan kuah percik(bahan B) tadi di lumurkan pada ayam yang telah masak.