Ayam Percik Berkacang

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam Dipotong 4 Bhg
10 biji bawang merah - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1 sudu teh gula
Santan pekat (beli dlm 2/=) ½ sudu teh serbuk kunyit
1 inci kunyit hidup
½ sudu teh serbuk cili
Sedikit garam

Cara-cara

Ayam dibersihkan dan ditos sehingga kering airnya.

Bahan-bahan yg ditumbuk tadi disatukan dan gaul bersama ayam sampai rata masukan garam,gula,kunyit,serbuk cili dan pati santan.

Gaul sampai rata dan perap 1 atau 2 jam kemudian panggang atas api yg sederhana dipercikan dengan pati santan yg digaul dng ayam tadi hingga masak.