Ayam Percik

Ramuan / Bahan

1 kg ayam (dipotong)
2 inci halia (dimesin)
4 ulas bawang putih (dimesin)
1 camca kecil garam
3 cawan kelapa parut atau 1 peket santan serbuk (ambil santan)
1 camca besar tepung beras
8 biji cili kering (digiling) inci halia (digiling)
1 inci belacan (digiling)
1 camca besar asam jawa (dibancuh dan tapis)
4 camca besar air
1 camca kecil garam
1 camca kecil gula

Cara-cara

Perap ayam bersama bahan mesin dan garam selama 1 jam. Campurkan santan, tepung beras, bahan giling dan air asam, didihkan dengan api yang perlahan. Masukkan garam dan gula, masak hingga ia menjadi pekat. Celupkan ayam ke dalam kuah pekat dan panggang sambil itu dipupuk selalu dengan kuah selama kira-kira 15 minit. Masak ayam hingga kekuningan.