Ayam Percik

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
1 biji kelapa
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 cawan jintan manis cawan jintan putih
5 biji buah keras
1 cm kunyit
1 batang serai
1 cawan tepung beras
Garam secukup rasa

Cara-cara

Ayam hendaklah disiang dan dibersihkan. Kelapa diparut dan ambil satu mangkuk santan. Serai dititik dan tepung dibancuh dengan sedikit air, cili, bawang merah, bawang putih, jintan-jintan, buah keras dan kunyit yang digiling hingga halus. Masukkan semua bahan, santan, serai, ayam, tepung, garan dan rempah-rempah ke dalam periuk dan bakarlah dalam ketuhar hingga masak. Kuah dimasak sampai pekat. Bila dihidang, tuangkanlah kuah ke atas ayam tadi.