Ayam Pedas Lemak Deba

Ramuan / Bahan

4 keping dada ayam (dibuang tulang)
3 batang serai
3 helai daun limau purut
4 biji kentang (dipotong dadu)
1 biji kecil tomato merah
4 ml santan
2 sudu besar bawang besar (dicincang)
2 sudu besar bawang kecil (dicincang) 1 sudu besar minyak sayur
1 sudu kecil serbuk kunyit
sudu kecil bawang putih
sudu kecil halia (dicincang)
sudu kecil cili giling
Lengkuas secukupnya
Garam & lada sulah secukup rasa

Cara-cara

Goreng bawang kecil, bawang putih, halia, bawang besar & cili menggunakan minyak sayur, selama 1 minit. Kemudian masukkan santan diikuti serbuk kunyit, serai & lengkuas. Biarkan 5 minit di atas api kecil. Gaul ayam dengan garam, lada sulah & kunyit lalu masukkan ke dalam santan & selama 10 minit. Keluarkan ayam, letakkan dalam pinggan & tuang kuah apabila hendak dihidangkan.
Rebus kentang di dalam air bercampur garam sehingga masak. Kemudian kukus buah tomato 1 minit. Atur kentang & hirisan tomato di atas ayam tadi sebagai hiasan.