Ayam pedas berkicap

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
3 biji bawang putih (ditumbuk)
1 cawan cili kering yang sudah dikisar
4 helai daun kari
¾ cawan kicap manis
¾ cawan asam jawa
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

Setelah ayam dipotong, goreng ayam dengan meletakkan sedikit kunyit dan garam. Tumis bawang putih, bawang besar dan daun kari hingga naik baunya Kemudian masukkan cili yang sudah dikisar dan goreng sampai naik minyak, masukkan garam dan air asam jawa. Setelah merasa letakkan kicap sehingga warna hitam kemerahan mengikut rasa yang diingini. Apabila sambalnya agak kering gaulkan ayam yang telah digoreng tadi. Tutupkan api dan hidangkan.