Ayam Pecal Indonesia

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (disiang, dibelah dua & diperasakan)
garam & lada sulah
Secukup rasa
1 cawan santan
1 sudu lada
2.5 kiub belacan (dibakar) 1 sudu limau nipis
daun kemangi- jika suka

Bahan Giling:
2 ulas bawang putih
2 batang lada merah
2.5 cm halia
5 biji buah keras

Cara-cara

Panggang ayam di atas api yang besar hingga permukaan bertukar menjadi kuning keemasan. Cucukkan seluruh bahan gian ayam itu dengan sebatang garpu. Ketepikan. Satukan bahan giling & santan dalam sebuah periuk. Jerang di atas api & kacau kan perlahan-lahan hingga mendidih. Masak hingga menjadi pekat,dengan mengacaunya selalu. Masukkan air limau purut & garam secukup rasa. Angkat dari api. Panggang ayam di atas api yang kecil, dengan membalik-balikkannya kesemua bahangian supaya rata. Lomorkan dengan campuran santan yang telah disediakan. Apabila telah empuk. Isikan ayam kedalam mengkuk & tuangkan campuran selebihnya ke atasnya. Hidangkan panas-panas, dengan berhiaskan daun kemangi (jika digunakan).