Ayam Pansuh (Ala Bidayuh)

Ramuan / Bahan

Ayam
Bawang putih
bawang merah
bawang besar
halia
serai
pucuk mentimun/labu muda
garam secukup rasa
(anggaran untuk satu ekor ayam)
Buluh
(4 batang untuk 1 ekor ayam)

Cara-cara

Bersihkan daging ayam dan perapkan dengan garam secukup rasa
kisarkan bawang putih, merah, besar sekali dalam pengisar perapkan bersama ayam tadi selama 30 minit
masukkan daging ayam ke dalam buluh dan sumbatkan dengan daun mentimun/pucuk labu muda dan bakarkan buluh
(jangan bakar buluh secara terus, bara adalah yang terbaik. biarkan sehingga ayam masak, kira-kira setengah jam)