Ayam Panggang Tomato Cili

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam saiz sederhana
2 sudu besar serbuk cili
1 biji tomato segar - dikisar
3 sudu besar tepung bumbu
1 sudu besar sos cili Mentega bergaram - ikut suka
Sedikit gula merah
Garam secukup rasa
5 tangkai cili merah - dikisar (bahan sos)
3 biji tomato - dikisar (bahan sos)
1 sudu besar gula perang - dikisar (bahan sos)

Cara-cara

Campur kesemua bahan di atas kecuali mentega bergaram. Kemudian gaulkan pada ayam dan sapukan mentega bergaram. Bakar dengan kepanasan 220'C selama 50 minit. Hidangkan ayam bersama sos. Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan sos dan masak hingga pekat.