Ayam Panggang Tanah Liat

Ramuan / Bahan

Ayam saiz sederhana atau besar
5 helai daun pandan
bahan perap:
7 batang serai
3 helai daun kunyit
2 inci halia tua
7 bji bawang merah
5 biji bawang putih
2 inci kunyit hidup
garam secukup rasa 1.Tanah liat bersih untuk dijadikan cairan kental membalut ayam
2.Arang kayu atau sabut atau sebarang kayu untuk membakar
3.Kayu atau besi penyucuk daging

Cara-cara

1.Ayam yang sederhana atau saiz besar tanpa dibelah dua tetapi sudah dikeluarkan organ dalam dan dibersihkan dilayur diatas api sehingga naik baunya.
2.bahan perap ditumbuk kasar dan digaul sebati luar dan dalam ayam.
3.Biarkan perapan mesra selama setengah jam.
4.Sediakan campuran tanah liat bersih dan air supaya menjadi cecair paling kental seperti bancuhan simen
4.salutkan dengan cermat dibahagian luar ayam yang sudah siap diperap sehingga rata dan menutupi keseluruhannya dan ulang beberapa kali sehingga ketebalan tanah liat lebih kurang1/4 -1/2 inci.
5.Cucukkan sebatang besi atau kayu untuk menjadi alat pemegang
6.Letakkan ayam bersalut tanah liat tadi diatas bara api yang marak dan sesekali dipusingkan sehinggalah tanah liat kering dan merekah. keluarkan dari api.