Ayam Panggang Puteri Ayu

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam sederhana besar
120 gm dadih asli
10 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 cm halia muda (dikisar)
2 cm lengkuas (dikisar)
3 batang serai (dikisar)
20 gm ketumbar biji (digoreng dan dikisar)
10 gm jintan manis (dikisar) 5 gm jintan putih (dikisar)
120 gm cili boh
20 gm kerisik
2 gm bunga cengkih
2 gm bunga lawang
2 gm buah pelaga
2 sudu madu lebah
30 gm asam jawa
Garam secukup rasa

Cara-cara

Ayam dibersihkan dan dibuang isi dalamnya.

Campurkan bahan-bahan yang sudah dikisar dengan dadih, cili boh, kerisik, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, madu, air asam jawa dan garam secukup rasa.

Kemudian lumurkan ayam dengan bahan-bahan tersebut bersama sedikit minyak.

Masukkan ke dalam ketuhar dan panggang selama 30 minit dalam suhu
180 darjah Celcius.

Keluarkan ayam lalu dihias mengikut cita rasa.