Biskut Jem Badam

Ramuan / Bahan

185 gm mentega
1 camca teh esen vanila
165 gm gula kastor
2 biji kuning telur 60 gm badam, dikisar
225 gm tepung gandum
½ camca teh serbuk penaik
Jem Strawberi

Cara-cara

Masukkan mentega, esen vanila, gula dan kuning telur di dalam mangkuk. Pukul sederhana menggunakan pengadun elektrik hingga adunan sebati. Kemudian masukkan badam, tepung dan serbuk penaik. Kacau lagi hingga ia sebati. Masukkan adunan tadi ke dalam beg aising menggunakan nozel berbentuk bintang. Sapukan sedikit mentega pada talam bakar. Paip adunan tadi di dalam dulang bakar. Jarakkan 5 cm antara setiap biskut. Kemudian masukkan ia ke dalam ketuhar dengan suhu sederhana dan masak 12 minit. Setelah masak, biarkan ia sejuk di dalam ketuhar. Sapukan jem pada bahagian bawah biskut dan rapatkan kedua-duanya. Kemudian hidangkan.