Ayam Panggang Mudah

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
Sos tiram secukup rasa
5 ulas bawang putih (dikisar)
3 cm halia (dikisar)
Sedikit madu
Minyak masak
Sedikit minyak bijan
serai (dititik)

Cara-cara

Gaulkan ayam bersama sos tiram, halia dan bawang putih. Perap selama 15 - 30 minit. 10 minit sebelum memanggang atau goreng masukkan madu.

Ketika memanggang sapukan minyak masak yang dicampur sedikit minyak bijan menggunakan serai yang dititik.

Sekiranya hendak menggoreng masukkan minyak masak dan beberapa titik minyak bijan.