Ayam Panggang Melaka

Ramuan / Bahan

15 ml sos soya pekat
30 gm biji sawi
30 ml minyak jagung
2 ekor ayam (4 kg), jangan dipotong
20 biji bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-dikisar 15 gm lada hitam-dikisar
2 cm kulit kayu manis-dikisar
ΒΌ biji buah pala
5 kuntum bunga cengkih-dikisar
2 kuntum bunga lawang-dikisar
4 biji buah pelaga-dikisar

Cara-cara

Satukan bahan-bahan dikisar bersama sos soya pekat, biji sawi dan minyak. Kacau rata hingga sebati. Sapu rata pada ayam termasuk rongga dada dan perap 3 jam di dalam peti sejuk. Panaskan ketuhar pada suhu 180'c. Masukkan ayam di dalam dulang bakar dan bakar selama 40-50 minit atau hingga ayam masak. Sesekali sapukan minyak pada ayam. Sejukkan dahulu ayam yang telah dimasak sebelum dipotong. Hidangkan panas atau sejuk bersama salad segar atau sayur-sayuran yang telah ditumis.