Ayam Panggang Madu Berempah

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 inci halia
5 biji limau kasturi - perah dan ambil airnya 2 sudu besar kicap pekat
sedikit garam
3 sudu besar rempah kari
1/3 cawan madu

Cara-cara

1. Bersihkan ayam.Potong kepada dua
bahagian.
2. Tumbuk bawang putih,bawang merah dan
halia hingga lumat.
3. Campurkan bahan yang telah ditumbuk
bersama air limau, kicap pekat,
garam, rempah kari dan madu.
4. Perap bahan-bahan tadi bersama ayam.
Biarkan semalaman di dalam peti sejuk.
5. Bakar ayam di dalam oven hingga masak.