Ayam Panggang Lemak Sari

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam yang sederhana besarnya, dibersihkan.
3 cawan pati santan
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
10 ulas bawang merah
10 biji bunga cengkih

3 keping asam keping
5 helai daun limau purut
Sehelai daun kunyit
3 helai daun salam
Garam secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk halia, kunyit, dan bawang merah hingga lumat.

Lumurkan bahan tumbuk pada ayam.

Panaskan kuali, masukan santan dan daun kunyit, daun limau purut, cengkih, asam keping, daun salam dan garam.

Kacau santan hingga sebati.

Masukkan ayam dan masak hingga santan kering.