Ayam Panggang Kedah

Ramuan / Bahan

Bahan digiling:

100 gm bawang merah
50 gm bawang putih
2 cm halia
4 batang serai
2 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup 1 ekor ayam
100 gm perasa cili
1 liter santan
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
4 sudu kecil gula
Garam

Cara-cara

Ambil sedikit daripada semua bahan yang digiling dan perap ke ayam selama setengah jam. Kemudian panggang ayam sehingga masak.

Panaskan minyak dan tumiskan lebihan bahan giling dan perasa cili sehingga naik baunya dan garing.

Masukkan santan, garam dan gula secukup rasa dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat.

Sebelum diangkat taburkan daun kunyit ke atasnya dan curahkan kuah ke atas ayam yang telah dipanggang.